Kebudayaan Jepang sangat
panjang dan beraneka ragam salah satunya yang menarik adalah sejarah dan
kebudayaan samurai
Samurai adalah istilah yang biasa digunakan bagi perwira zaman sebelum industri Jepang. istilah lebih tepatnya adalah Bushi (orang bersenjata) pada zaman Edo. pada era Tokugawa samrai kehilangan fungsi ketentaraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, mereka adalah kaki tangan bagi Daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk adat istiadat.
ETIMOLOG
Perkataan samurai berasal
pada sebelum Tempoh Heian di Jepun apabila ia
disebut sebagai saburai, bererti suruhan atau pengikut. Ia hanya
pada tempoh awal moden, khususnya pada tempoh Azuchi-Momoyama dan
awal tempoh Edo pada lewat 16 dan awal abad ke 17 perkataan saburai bertukar
diganti dengan perkataan samurai. Bagaimanapun, pada masa itu,
ertinya telah lama berubah.
Berikut adalah beberapa
istilah lain samurai:
- Buke (武家) – Ahli bela diri
- Kabukimono - Perkataan dari kabuku atau
condong, ia merujuk kepada stail samurai berwarna-warni.
- Mononofu (もののふ) - Istilah silam bererti wira.
- Musha (武者) - Bentuk ringkasan Bugeisha (武芸者), harafiah. pakar bela diri.
- Si (士) - Sepatah perkataan kanji untuk
menggantikan perkataan samurai.
- Tsuwamono (兵) - Istilah silam bagi tentera ditonjolkan oleh Matsuo Basho dalam haiku terkemukannya.
Erti harafiahnya orang kuat.
KLAN
pada zaman samurai
terdapat beberapa klan dan salah satunya yang terkenal adalah klan Tokugawa
Klan Tokugawa (徳川氏 Tokugawa-shi
atau Tokugawa-uji?) adalah
keluarga daimyo berpengaruh di Jepang. Klan ini adalah keturunan Kaisar Seiwa (850–880) dan merupakan
percabangan klan Minamoto (Seiwa
Genji) yang memakai nama klan Nitta.
Meskipun demikian, sejarah awal klan ini masih belum jelas.[1] Anggota keluarga Tokugawa
memerintah Jepang sebagai shogun dari tahun 1603 hingga 1867.
Lambang klan Tokugawa
adalah tiga daun hollyhock (mitsuba-aoi) dalam lingkaran
SENJATA
Seseorang samurai
memgunakan pelbagai jenis senjata. Ia sering didakwa bahawa roh seseorang
samurai terletak pada pedang katana yang dibawanya. Kadang-kala samurai digambarkan
bergantung sepenuhnya kepada katana untuk berlawan. Ini seperti perbezaan
antara peranan crossbow pada kasasteria Eropah zaman
pertengahan (medieval) dan peranan pedang kepadakasasteria, simbol sebagai samurai dan
bukannya kepentingan katana itu sendiri. Apabila mencecah usia tiga belas
tahun, dalam upacara yang dikenali sebagai Genpuku (元服), kanak-kanak lelaki
diberikan wakizashi dan nama dewasa dan menjadi samurai secara
rasmi. Ini juga memberikan hak kepadanya untuk mengenakan katana walaupun
ia biasanya diikat dengan benang bagi mengelakkan katana dihunus dengan tidak
sengaja. Pasangan katana dan wakizashi dikenali sebagai Daisho, harafiahnya. besar dan kecil.
Senjata samurai yang
digemari adalah yumi atau
busar komposit dan ia kekal tidak berubah selama beberapa abad sehingga
kemasukan ubat bedil dan rifle pada abad ke 16. Busar komposit stail Jepun
adalah senjata yang berkuasa. Saiznya membenarkannya memanah pelbagai panah
seperti panah berapi dan panag isyarat dengan tepat pada jarak melebihi
100 meter,
melebihi 200meter jikalau
ketepatan tidak terlalu penting.. Ia biasanya digunakan secara berdiri
dibelakang Tedate (手盾), perisai kayu yang besar tetapi ia juga boleh
digunakan semasa menunggang kuda. Latihan memanah di belakang kuda menjadi
istiadat Shinto, Yabusame (流鏑馬). Dalam pertempuran melawan penjajah Mongol,
busar komposit ini menjadi senjata penentu melangkaui busar komposit kecil dan
crossbow yang lebih digemari oleh tentera Mongol dan Cina. Pasukan tentera
Mongol ketiadaan kuda yang telah digunakan dengan berkesan menentang musuh dan
terpaksa berperang semasa berjalan kaki, dengan itu mengurangkan keberkesanan
mereka.
Pada abad ke 15,
tombak yari menjadi senjata utama. Yari
menggantikan naginata di lapangan pertempuran apabila keberanian
individual kurang menjadi faktor dan pertempuran lebih tersusun. Ia lebih mudah
dan merbahaya berbanding katana. Serbuan, berkuda atau berlari, lebih berkesan
apabila menggunakan tombak dan memberikan peluang yang lebih baik berbanding
samurai bersenjatakan katana. Dalam Pertempuran Sizugatake di
mana Shibata Katsuie dikalahkan oleh Toyotomi Hideyoshi, masa itu turut dikenali
sebagai Hashiba Hideyoshi, Tujuh Pemain Tombak Sizugatake (賤ヶ岳七本槍), Yari turut memainkan
peranan penting dalam meraih kemenangan.
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Samurai
Tidak ada komentar:
Posting Komentar